Home Seni Hidup Konsert Ed Sheeran di Kuala Lumpur mungkin dibatalkan

Konsert Ed Sheeran di Kuala Lumpur mungkin dibatalkan

LONDON – Khabar buruk buat peminat penyanyi dan komposer British yang pernah memenangi pelbagai anugerah, Ed Sheeran.

Konsert yang sepatutnya dijadualkan 14 November akan datang di Axia Arena, Kuala Lumpur mungkin akan dibatalkan.

Keputusan itu dibuat kerana terpaksa kerana Sheeran terlibat dalam kemalangan sewaktu berbasikal pada Ahad lalu.

Penyanyi yang terkenal dengan penampilan solo bersama alat muzik gitar mengambil keputusan itu kerana tangannya tercedera teruk.

“Saya terlibat dalam kemalangan berbasikal dan sekarang sedang menunggu nasihat perubatan yang mana mungkin akan mengganggu beberapa persembahan akan datang,” jelas Sheeran kepada 15.7 juta pengikutnya di Instagram.

Selain Malaysia, Sheeran dijadualkan membuat persembahan di Taipei Ahad ini sebagai permulaan siri jelajah Asia di Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand, India dan Abu Dhabi.

Penyanyi berusia 26 tahun ini tampil dengan album terbarunya Divide yang mendapat jualan antara yang tertinggi di seluruh dunia dan memecah rekod Spotify kerana mencatatkan jumlah pendengar tertinggi iaitu 57 juta.

Tinjauan MalaysiaGazette ke laman web yang menjual tiket konsert tersebut mendapati sebanyak 16,000 tiket hampir habis dijual.

Harga tiket yang ditawarkan bermula RM7,570 sehingga RM681. – Malaysia Gazette