Home Dunia Menteri Alam Sekitar Republik Dominika maut ditembak

Menteri Alam Sekitar Republik Dominika maut ditembak

Orang ramai dan pelanggan di sekitar sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang gempar apabila 25 das tembakan dilepaskan dalam satu kejadian di Bukit Bintang di sini pada kira-kira 10.50 malam tadi.

SANTO DOMINGO – Menteri Alam Sekitar Republik Dominika, Orlando Jorge Mera, maut akibat ditembak dalam satu insiden di pejabatnya di sini pada Isnin, dipercayai dilakukan oleh “rakan baiknya”, menurut pejabat presiden.

Miguel Cruz, “rakan baik Mera” telah ditahan polis, lapor Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden.

Kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Insiden itu “sudah disiasat” dan hasil siasatan akan didedahkan kepada umum pada masa yang sesuai.

Sumber Kementerian Alam Sekitar dipetik akhbar tempatan ‘Acento’ memberitahu, penyerang bertindak memasuki pejabat Mera seorang diri, lalu kedengaran enam hingga tujuh das tembakan dilepaskan.

Bangunan kementerian dikosongkan susulan insiden itu.

Mera, 55, merupakan anak kepada bekas Presiden Dominika Salvador Jorge Blanco, yang memerintah negara Caribbean itu pada 1982 dan 1986.

Beliau dilantik menjadi menteri di bawah pemerintahan Presiden Luis Abinader pada Ogos 2020.

— BERNAMA