Home Utama Zuraida hadir mesyuarat Kabinet pagi ini

Zuraida hadir mesyuarat Kabinet pagi ini

Datuk Zuraida Kamaruddin is welcomed by over 100 supporters who chanted ‘Bangsa Malaysia’ as she arrives at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA). PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 02 JUNE 2022.
Datuk Zuraida Kamaruddin is welcomed by over 100 supporters who chanted ‘Bangsa Malaysia’ as she arrives at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA). PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 02 JUNE 2022. IMBAS. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin disambut lebih 100 penyokong dengan laungan 'Bangsa Malaysia' ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto MOHD ADZLAN, 02 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan berada di Perdana Putra, Putrjaya dekat sini  bagi menghadiri mesyuarat Kabinet hari

Menurut sumber, Ahli Parlimen Ampang itu memasuki bangunan pentadbiran kerajaan pukul 9.40 pagi.

“Ya, Datuk Zuraida attend meeting (hadir mesyuarat) Kabinet pagi ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mesyuarat Kabinet mingguan itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Semalam, Zuraida menjelaskan dirinya bersedia melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi jika diarah berbuat demikian oleh Ismail Sabri.

“Kalau beliau minta saya lepaskan, saya lepaskanlah,” katanya dalam sidang media di ibu negara semalam.

Untuk rekod, Zuraida mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi pada 26 Mei lalu.

Turut dilepaskan Zuraida adalah jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau turut mengumumkan menyertai parti baru Parti Bangsa Malaysia (PBM). – MalasyiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kalau PM mahu, saya akan lepaskan jawatan Menteri – Zuraida