MONTREAL – Firma aeroangkasa Eropah, Airbus akan mengambil alih kepentingan utama dalam projek jet C-Series Bombardier.
Bombardier telah berhadapan beberapa masalah dengan pesawat berkenaan baru-baru ini, terutama dalam pertikaian perdagangan di Amerika Syarikat yang mengenakan tarif import sebanyak 300 peratus.
Pengarah Bombardier utara Ireland, Michael Ryan berkata, perjanjian itu adalah berita baik untuk operasi Belfast.
Kira-kira 1,000 orang kakitangan bekerja untuk C-Series di kilangnya di Belfast – khusus untuk membina sayap pesawat.
Ketua Eksekutif Airbus dan Bombardier berkata, rundingan itu akan menyaksikan Airbus memiliki 50.01 peratus dalam perkongsian terhad C Series tanpa pertimbangan tunai kerana projek itu menjadi sebahagian daripada barisan produk pesawat Airbus.
Sebagai pertukaran, Airbus akan menawarkan tempat duduk bagi 100 hingga 150 kepada Bombardier untuk perolehan global, jualan dan pemasaran serta kepakaran sokongan pelanggan.
Apabila perjanjian itu dimuktamadkan, saham Bombardier akan menjadi 31 peratus dan Quebec akan memiliki kira-kira 19 peratus. – MalaysiaGazette
- MalaysiaGazette