LONDON – Newcastle United bakal bertukar pemilik apabila kelab itu akan dijual kepada individu yang berminat.
Pemilik kelab, Mike Ashley berkata, tindakan menjual itu demi masa depan The Magpies yang lebih baik.
Kenyataan Ashley itu sekali gus mengesahkan desas desus sebelum ini bahawa Newscastle bakal dijual.
Jelasnya, Newcastle perlukan kuasa untuk lebih berjaya pada masa depan dan berikutan itu adalah lebih baik berada di bawah pemilik lain.
Dengan tindakan tersebut juga, Ashley dilapor dapat memulihkan nama syarikat miliknya, Sports Direct yang mendapat kesan negarif kerana Newcastle.
Penyokong membenci Sports Direct kerana mendakwa Ashley tidak membuat pelaburan dan tidak menguruskan kelab dengan baik.
Ashley membeli Newcastle pada 2008 sebelum kelab berkenaan tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris. – MalaysiaGazette