Home Ekonomi PRG ambil alih baki saham ESGL

PRG ambil alih baki saham ESGL

PRG Holdings Bhd. ambil alih baki pegangan saham dalam ESGL.

KUALA LUMPUR- PRG Holdings Bhd., anak syarikat Furniweb Holdings Limited mengambil alih baki 62.75 peratus ekuti dalam syarikat penyelesaian penjimatan pintar, ESGL pada harga HK$58.19 juta (RM31.42 juta) daripada Datuk Ng Yan Cheng.

Cadangan pengambilan alih itu akan dilaksanakan menerusi tunai dan penerbitan saham-saham Furniweb yang baharu.

Dalam kenyataan di Bursa Malaysia, ESGL akan dimiliki sepenuhnya Furniweb dan sekaligus membolehkan firma itu mendapatkan perolehan ESGL sepenuhnya.

Perniagaan ESGL diunjurkan menyumbang lebih 25 peratus daripada keuntungan PRG pada masa depan.

PRG dalam masa yang sama turut mencadangkan diversifikasi perniagaannya termasuk segmen kecekapan tenaga.

Naib Pengerusi  Eksekutif Kumpulan PRG, Datuk Lua Choon Hann berkata, ESGL yang memiliki akreditasi Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura mempunyai buku tempahan hampir SG$50 juta.

Ini termasuk projek-projek yang dimenanginya daripada pusat data seperti AirTrunk, Changi Airport dan Sistems on Silicon Manufacturing Company Pte. Ltd.

Sehubungan itu, cadangan pengambilan alih itu akan menjadi sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk menerokai perniagaan kecekapan tenaga dan menambah baik kedudukan kewangan PRG.- MalaysiaGazette