KUALA LUMPUR – Balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd. Ali sebak apabila terpandang kenderaan yang suatu ketika dulu dibeli pelawak itu untuk keluarga mereka kini dipandu orang lain.
Kata wanita berusia 30 tahun itu, kenderaan jenis Toyota Vellfire tersebut kini hanya tinggal kenangan buat dia dan anaknya berusia dua tahun, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey.
“Ternampak kereta arwah suami. Hanya tinggal kenangan, kereta arwah suami,” katanya di media sosial.
Vellfire itu hanya tinggal kenangan buat Nor Hidayah dan anaknya selepas ia dibeli oleh orang lain.
Pada hantaran sama, Nor Hidayah berkata, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan pernah memberitahu Vellfire itu dibeli untuk keselesaan anaknya.
“Bila Hamzah besar ini lah kereta ayah, ayah pernah cakap kereta ini untuk kelesaan anaknya,” jelasnya.
Arwah dan Nor Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017.
Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. Ketika itu, dia berusia 32 tahun.
Terdahulu, Noor Hidayah terlibat dalam pertikaian di mahkamah dengan adik iparnya, Ali Puteh dan keluarga membabitkan saman bernilai RM90,0000.
Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim selain tuntutan faraid, hak penjagaan anak dan tuntutan kereta. – MalaysiaGazette