Home Politik Kongres Nasional PKR ditunda 16 Julai – Saifuddin

Kongres Nasional PKR ditunda 16 Julai – Saifuddin

Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kongres Nasional PKR ke-16 yang sepatutnya berlangsung akhir bulan ini dipinda ke 16 dan 17 Julai ini, kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut beliau, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) membuat keputusan berkenaan bagi memberi laluan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menyelesaikan isu berkaitan proses aduan terutama berkenaan pemilihan parti.

Dalam masa yang sama, katanya,parti ingin memberi masa kepada kepimpinan Cabang yang baharu untuk membuat beberapa pelantikan

“Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah meneliti beberapa dapatan dan syor yang dibentang Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung proses aduan terutama bagi Pemilihan KEADILAN 2022,” katanya menerusi kenyataan.

Saifuddin berkata, Kongres Wanita PKR pula akan diadakan pada 15 Julai.

Untuk rekod, Kongres Nasional PKR ke-16 sepatutnya berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.

Kongres berkenaan bakal diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.-MalaysiaGazette