Home Politik Hadi mungkin takut Pas hilang banyak kerusi kalau PRU-15 – Zahid

Hadi mungkin takut Pas hilang banyak kerusi kalau PRU-15 – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderahati dari Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO yang melibatkan jemputan 35 NGO Belia seluruh negara serta forum diskusi Cabaran dan Masa Hadapan Orang Muda ketika di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 11 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – “Mungkin kalau pilihan raya cepat, dia (Hadi) khuatir partinya akan hilang kurang 18 kerusi Parlimen sedia ada.”

Itu kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam yang menyatakan pihak yang mahu mempercepatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah orang yang gila kuasa.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO yang diadakan di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Abdul Hadi semalam dilaporkan turut berkata, Pas tidak takut kalah sekiranya pilihan raya diadakan dalam waktu yang terdekat  sebaliknya menyifatkan ini bukan waktu terbaik untuk berebut kuasa dan fokus kepada masalah rakyat dan negara dahulu.

Ditanya tentang pendirian Abdul Hadi yang menolak cadangan kerjasama parti di bawah khemah besar, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, parti berkenaan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang selari dengan parti berkenaan.

“Saya tidak kategorikan sama ada khemah itu besar kecil atau sedarhana, yang penting khemah BN bersedia untuk kerjasama dengan siapa sahaja sama ada secara kesefahaman sekarang atau post electoral lepas pilihan raya umum,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Biasanya orang nak cepat PRU-15 yang gila kuasa – Hadi