MGNews: Geng Curi Kereta Remy Sentosa Tumpas

Kegiatan sindiket curi kenderaan jenis Proton di sekitar kawasan Lembah Klang yang didalangi Geng Remy Sentosa tumpas dalam Operasi Lejang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam operasi itu empat lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 38 tahun telah ditahan.