Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang itu menyebabkan kira-kira 3,600 pendeposit menarik diri untuk mengerjakan ibadah haji sekali gus membatalkan giliran haji mereka.
“Tindakan mereka (pembangkang) menyebabkan pendeposit melakukan tindakan (menarik diri) kerana termakan fitnah pembangkang dan ada antara mereka yang menulis dalam kolum borang tersebut dengan menulis ‘saya telah hilang kepercayaan kepada Tabung Haji’,” katanya.
“Bayangkan kalau duit TH telah dilabur dalam bentuk aset seperti rumah, kilang serta tanah…mana kami hendak cari tunai untuk pulangkan semula wang pencarum, nasib baik kami ada tunai yang mampu tampung pengeluaran ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penerangan sempena Karnival Mahabbah Institusi-institusi Agama Islam sempena Pemukiman Menteri Besar Perak Daerah Bagan Datuk di Masjid Al-Falah, Sungai Nipah Darat, di sini hari ini.
— BERNAMA