Home Politik Sejak zaman saya, kerusi Zuraida itu kuota Bersatu – Muhyiddin

Sejak zaman saya, kerusi Zuraida itu kuota Bersatu – Muhyiddin

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 14 JUN 2022.

PUTRAJAYA – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali menegaskan bahawa kerusi yang dipegang oleh Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin adalah kerusi daripada kuota Bersatu.


PUTRAJAYA – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian bahawa jawatan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi yang dipegang Datuk Zuraida Kamaruddin merupakan kuota parti itu,

Beliau berkata, lantikan Zuraida sebagai ahli jemaah Kabinet juga atas kapasiti parti pimpinannya.

“Jadi apapun saya nak beritahu bahawa pendirian kita (Bersatu), Datuk Zuraida duduk atas kapasiti sebagai ahli Bersatu, dan memang semenjak saya dahulu (Perdana Menteri kelapan), kuota itu adalah kuota parti.

“Keputusan melantik sesiapa itu hak Perdana Menteri dan bila itu berlaku kita akan calonkan nama anggota yang sesuai untuk menggantikan Zuraida,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat keenam Majlis Pemulihan Negara (MPN), di Kementerian Kewangan, hari ini.

Pada 26 Mei lalu, Ahli Parlimen Ampang itu turut melepaskan jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, Bersatu masih menunggu tarikh untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu pengganti Zuraida.

Menurutnya, pertemuan itu akan dibuat selepas Ismail Sabri bertemu dengan Zuraida. – MalaysiaGazette