KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 merekodkan pertambahan sebanyak 1,922 semalam menjadikan angka keseluruhan meningkat kepada 4,493,129.
Jumlah kes terbaharu itu membabitkan tiga kes import.
Manakala empat kes kematian yang direkodkan dalam tempoh sama menjadikan angka terkumpul bertambah kepada 35,720.
Kes aktif pula sebanyak 22,961.
Daripada jumlah itu 992 kes dirujuk ke hospital dengan 32 kes ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 18 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette