PUTRAJAYA – Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid, ia merangkumi 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki peperiksaan tersebut.
Selain itu, seramai 71,842 pelajar, atau 18.80 peratus, memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian, 129,796 calon (33.96 peratus) mendapat keputusan lulus dan 125,454 calon mendapat sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran.
Daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu, seramai 43,703 calon, bersamaan 11.44 peratus, memperoleh keputusan kombinasi gred dan 1,655 calon, atau 0.43 peratus, memperoleh keputusan semua gagal.
Nor Zamani berkata, Gred Purata Nasional (GPN) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2021 menurun sebanyak 0.6 peratus kepada 4.86 peratus.
“Sekurang-kuranganya 55.29 peratus pelajar SPM lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran,” katanya dalam sidang media pengumuman SPM di Kementerian Pendidikan, hari ini.
GPN bagi SPM 2020 adalah 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019.
“Kami sedar pada penurunan GPN tersebut tapi atas kekuatan masing-masing kerana ini adalah kohort pertama yang menduduki KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) . Maka beberapa mata pelajaran dan format peperiksaan yang baharu, malah mata pelajaran sedia ada dengan format baharu.
“Itu juga kita lihat beberapa perkara, kita buat analisis kajian meneliti apakah faktor-faktor yang boleh membantu bagi mata pelajaran yang boleh meningkatkan pelajaran anak-anak kita,” katanya dalam sidang media pengumuman SPM di Kementerian Pendidikan, hari ini. – MalaysiaGazette