Home Politik PRU15 perlu diadakan selepas tamat tempoh kerajaan – Dr Mahathir

PRU15 perlu diadakan selepas tamat tempoh kerajaan – Dr Mahathir

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada Majlis memorandum Persafahaman Pejuang Muda Malaysia dan Silver Gold Collector Group di IOI Conezion Centre, Putrajaya. Foto MUHD N'IM, 16 JUN 2022.

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) perlu diadakan selepas penggal tamat, kata Pengerusi Parti Pejuang Tahahair (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, ia merupakan tempoh paling sesuai buat kerajaan untuk mengadakan PRU15.

“Tarikh yang sesuai ialah kalau kita ikut jadual PRU15,” katanya ketika ditanya mengenai tarikh sesuai untuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengadakan PRU15.

Pada Mei lalu, Ismail Sabri berkata, PRU15 tidak sesuai diadakan sekarang ketika negara berdepan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi yang tinggi.

Dalam temubual eksklusif bersama akhbar Nikkei yang berpangkalan di Jepun, Perdana Menteri berkata, kenaikan harga makanan dan kos sara hidup antara sebab beliau memerlukan masa di sebalik spekulasi kuat PRU-15 dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.

Ditanya lebih lanjut, Mahathir berkata, beliau berpendapat kerajaan sengaja mahu mengadakan PRU15 lebih awal disebabkan pembangkang dilihat tidak sedia untuk menghadapi PRU15.

“Tapi saya dapati pihak kerajaan nak ambil peluang parti-parti lawan tak sedia supaya diadakan PRU lebih awal supaya mereka dapat kemenangan,” katanya.

Pada bulan lalu, Mahathir menegaskan, PRU15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat.

Bekas Perdana Menteri itu bimbang jumlah kes Covid-19 akan meningkat semula di negara ini sekiranya PRU15 diadakan sekarang. – MalaysiaGazette