KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan sebanyak 2,033 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat semalam.
Kesemuanya merupakan kes tempatan.
Daripada jumlah itu, Selangor masih merekodkan kes tertinggi sebanyak 685, Kuala Lumpur (551), Pulau Pinang (167) dan Perak (116).
Data laman sesawang Covid-19 menunjukkan lima kes kematian direkodkan dalam tempoh sama.
Sebanyak 24,577 kes aktif direkodkan dengan sebanyak 959 kes dirawat di hospital.
Daripada jumlah itu, 32 kes ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 18 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette