Home Sukan Pogba tuduh Man United tidak tawar kontrak baharu

Pogba tuduh Man United tidak tawar kontrak baharu

Paul Pogba. Foto Sky Sports.

KUALA LUMPUR – Paul Pogba mula membuka mulut apabila mendakwa Manchester United tidak menawarkan kontrak baharu kepadanya walaupun dua tawaran sebelum itu dianggarkan bernilai 300,000 pound (RM1.59 juta) seminggu.

Pendedahan itu dibuat Pogba menerusi dokumentari berjudul ‘Pogmentary’ yang akan disiarkan hari ini, lapor Athletic.

Menerusi dokumentari itu, Pogba memberitahu, United dua kali memberikan tawaran kontrak baharu kepada dirinya, lebih tinggi berbanding gajinya sebanyak 290,000 pound (RM1.53 juta) seminggu yang diterimanya ketika ini, sekali gus menjadikan dia pemain menerima gaji tertinggi di dunia.

Dalam pratonton dokumentari berkenaan, Pogba yang memberi reaksi kepada bekas ejennya, Mino Raiola memberitahu tawaran kedua yang diberikan United Julai lalu disifatkan sebagai tiada apa-apa berbanding Roll-Royce yang dimilikinya.

“Bagaimana anda memberitahu pemain yang anda betul-betil mahukan khidmatnya dan tidak memberi apa-apa tawaran? Tidak pernah lagi saya jumpa kelab sebelum ini,” katanya.

Pogba bakal dilepaskan apabila kontraknya bersama United tamat pada musim panas dan dijangka menyertai bekas kelabnya, Juventus. – https://theathletic.com/3359619/2022/06/16/pogmentary-paul-pogba-manchester-united/