KUALA LUMPUR – Daerah Kuala Selangor dan Klang, Selangor dijangka dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, amaran sama turut membabitkan seluruh negeri Melaka; Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan; Tangkak di Johor; Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang di Perak.
Kawasan lain yang terlibat adalah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Justeru, orang awam dinasihatkan supaya merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette