KUALA LUMPUR – Suasana pilu mengiringi jenazah penyanyi dan pelakon terkenal, Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat di sini, pukul 11.30 pagi ini.
Sebelum itu jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat.
Selain ahli keluarga, antara selebriti yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Datuk M. Nasir, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Hans Isaac, Nikki Palikat, Remy Ishak, Erul Samah, Sharifah Amani, Linda Onn, Suki Low dan ramai lagi.
Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleaneagles petang semalam akibat kanser ovari tahap empat.
Allahyarham berusia 52 tahun. – MalaysiaGazette