Home Dunia Kapal terakhir cari MH370 berlepas Isnin lalu

Kapal terakhir cari MH370 berlepas Isnin lalu

Sebuah kapal telah berlepas untuk operasi mengesan pencarian terakhir pesawat Malaysia Airlines MH370

Kapal Belanda, Fuqro Equator meninggalkan pelabuhan Freemantle pada Isnin lalu.

Beberapa kapal telah digunakan di dasar Lautan Hindi sejak pesawat itu hilang pada 2014.

Fugro Equator dijangka menyelesaikan mengeruk bahagian akhir kawasan pencarian pada awal 2017.

Selepas tempoh itu, operasi pencarian pesentiasa berharap,” kata Menteri Pengangkutan Australia Darren Chester sawat MH370 akan digantung.

“Pencarian MH370 merupakan satu usaha berani tetapi kita perlu terima hakikat bahawa kita tidak boleh mencari MH370 lagi, meskipun kita memberitahu akhbar Australia Barat.

Beberapa negara termasuk Australia dan China telah mengambil bahagian dalam pencarian dalam air.

Awal bulan ini, kapal Dong Hau Jui 101 telah melengkapkan misi pencarian dan telah berlabuh di Shanghai.

Kapal Fuqro Equator akan memulakan pencarian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi. Sejauh mana kapal tersebut akan melakukan operasi mencari bergantung kepada cuaca.

Pesawat MH370 terus menjadi misteri selepas usaha mencarinya masih buntu.

Kapal terbang milik Malaysia Airlines itu hilang ketika membawa 239 orang penumpang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Kebanyakan penumpang adalah warga China. – MalaysiaGazette