Home Utama Malaysia lapor sifar kematian akibat Covid -19 – Khairy

Malaysia lapor sifar kematian akibat Covid -19 – Khairy

medical officer MO on-call
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Peralihan berterusan kita kepada endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Marilah kita berdoa ia terus membuahkan hasil,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya semalam.

Sementara itu, sebanyak 1,294,225 atau 36.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Menurut portal COVIDNOW, sejumlah 1,737,624 kanak-kanak atau 49 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.- BERNAMA