Rakyat Malaysia yang sudah dan sedang dalam perjalanan menunaikan haji di Mekah diingatkan supaya menumpukan sepenuhnya untuk beramal ibadat.
Ini kerana, peluang untuk ke tanah suci bukan mudah, melainkan mereka terpaksa menunggu giliran puluhan tahun dan kosnya pula agak tinggi.
Oleh itu, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad, sekiranya mereka sudah diberi peluang menunaikan haji, seeloknya habiskan masa 40 hari itu dengan menambahkan pahala ibadat.