Home Dunia Gempa bumi gegar Afghanistan, sekurang-kurangnya 255 maut

Gempa bumi gegar Afghanistan, sekurang-kurangnya 255 maut

Foto: Twitter Teto Patiyaa

KABUL – Gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan timur Afghanistan menyebabkan sekurang-kurangnya 255 orang maut, kata para pegawai Kementerian Dalam Negeri.

Majoriti mangsa yang disahkan meninggal dunia di Paktika, yang mana 100 orang terbunuh dan 250 lagi cedera, kata ketua pentadbiran Taliban yang bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana, Mohammad Nassin Haqqani, lapor akhbar Dawn.

Kematian juga dilaporkan berlaku di Nangarhar dan Khost di timur negara itu, tambah beliau ketika pihak berkuasa menilai angka kematian.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berlaku kira-kira 44 kilometer dari bandar Khost, berhampiran sempadan Pakistan-Afghanistan pada kedalaman 51 kilometer jam 1.54 pagi waktu tempatan.

Gegaran tersebut boleh dirasai pada jarak 500 kilometer oleh 119 juta orang di Pakistan dan India.

Di Pakistan, gegaran dirasai di Peshawar, Islamabad, Lahore, Kohat, Mohmand, Swat, Buner dan sebahagian Punjab. – Agensi