Home Nasional Warga emas rentung dalam kebakaran

Warga emas rentung dalam kebakaran

be9c9d59211ac91c35717789fa9285e0601d3c22b5187-640x400
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan rentung di sebuah rumah kayu yang 80 peratus terbakar di Kampung Kanchong Darat, Banting, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran yang dipercayai mengorbankan lelaki berusia 66 tahun iaitu kira-kira 8.17 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah seluas 40×50 kaki (12.19 x 15.24 meter) itu adalah sebanyak 80 peratus. Api berjaya dikawal oleh pihak bomba pada jam 8.43 malam dan tiada mangsa terlibat dilaporkan setakat itu.

“Pada jam 9.32 malam, kami telah menerima maklumat daripada isteri pemilik rumah memaklumkan suami beliau berada di rumah berkenaan sejak dari petang tadi. Setelah membuat pencarian pihak bomba menemui satu mayat lelaki rentung di bahagian belakang rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, warga emas itu dipercayai cuba keluar daripada rumah tersebut. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts