LONDON – Harga minyak naik sedikit pada awal dagangan Asia hari ini ketika negara-negara berusaha menangani kekurangan bekalan minyak mentah dan bahan api global.
Niaga hadapan minyak mentah Brent telah meningkat AS$0.39atau 0.4%, kepada AS110.44 (kira-kira RM486.43) setong pada 0012 GMT.
Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat meningkat AS$0.37 atau 0.4%, kepada AS$104.31 setong.
OPEC dan negara pengeluar sekutu termasuk Rusia berkemungkinan akan berpegang pada rancangan untuk mempercepatkan peningkatan pengeluaran pada Ogos dengan harapan dapat mengurangkan harga minyak mentah dan inflasi ketika Presiden Joe Biden merancang untuk melawat Arab Saudi, kata sumber.
Kumpulan yang dikenali sebagai OPEC+ bersetuju dalam mesyuarat terakhirnya pada 2 Jun untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 648,000 tong sehari pada bulan Julai atau 7% daripada permintaan global dan dengan jumlah yang sama pada bulan Ogos, naik berbanding 432,000 tong sehari sebulan lebih tiga bulan sehingga September.
Walau bagaimanapun, kumpulan itu telah bergelut untuk mencapai sasaran kenaikan bulanan disebabkan oleh kekurangan pelaburan dalam medan minyak oleh beberapa ahli OPEC dan baru-baru ini Rusia merekodkan kerugian dalam pengeluarannya.
Anggaran mingguan rasmi untuk inventori minyak AS dijadualkan dikeluarkan pada Khamis tetapi masalah teknikal menyebabkan ia ditangguhkan sehingga minggu depan, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga AS, tanpa memberikan garis masa tertentu. – Reuters