KUALA LUMPUR – Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain menganggap kecekapan barisan pertahanan lawan menutup peluang anak buahnya untuk menambah gol untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.
Apatah lagi dengan keinginan Penang yang begitu menginginkan kemenangan sulung mereka nyata menghukum Terengganu untuk meraih kemenangan berterusan.
“Pertama sekali, tahniah untuk Penang atas kemenangan pertama pada musim ini dan perlawanan ini kita bermula agak perlahan berbanding Penang yang nampak lebih bersemangat bermain di laman sendiri.
“Usaha mereka memang nampak melebihi Terengganu dan pada separuh masa kedua, kita cuba untuk bangkit tapi kita terlalu cepat beri gol kepada Penang.
“Jadi, dari situ menambah lagi moral mereka untuk bertahan dan kita ada cuba walaupun banyak peluang tetapi pertahanan Penang dan penjaga gol mereka bermain dengan cemerlang,”katanya.
Kekalahan itu TFC meletakkan mereka di tangga ketujuh Liga Super dan Penang di kedudukan ke-11. – MalaysiaGazette