Seorang Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhadapan empat pertuduhan menyalahgunakan harta berjumlah RM32,000 kepunyaan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
Tertuduh, Mohamad Zulkefli Adam sebagai Ketua Projek Research-Based Foundation For Sustainable Agriculture Entrepreneurship (Smart Rural) pada 13 Oktober, 26 Oktober, 3 September, 4 September dan 7 September tahun 2017, secara tidak jujur menyalahgunakan harta lembaga berkenaan.