Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan masalah bantut berlaku hampir di semua negeri dengan peratusan tertinggi dicatatkan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya.
Bagi mengatasi masalah itu, Kementerian Kesihatan (KKM), meluluskan Pelan Strategik Kebangsaan Menangani Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kanak-Kanak Malaysia bagi tahun 2022 hingga 2030.