Home Dunia “Saya hadir kerana menghormati demokrasi” – Hillary Clinton

“Saya hadir kerana menghormati demokrasi” – Hillary Clinton

Hillary Clinton bersama suaminya, Bill Clinton yang hadir pada majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu. Foto Agensi

WASHINGTON – Hillary Clinton bertemu empat mata dengan Donald Trump dalam majlis angkat sumpah.

Malah, Clinton dan Trump berjabat tangan dalam pertemuan yang mendapat perhatian umum.

Trump dikatakan telah berbisik ‘terima kasih’ kepada Clinton.

Clinton adalah pencabar Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung pada November tahun lalu.

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu berkata, beliau hadir bersama suaminya, Bill Clinton, juga bekas presiden negara itu kerana menghormati demokrasi.

Bagaimanapun, khalayak yang hadir dalam majlis bersejarah itu menyedari Clinton tidak gembira sepanjang majlis tersebut.

Sejak kalah dalam pilihan raya itu, Clinton lebih low profile.

Sebelum majlis angkat sumpah bermula, Clinton sempat tweet: “Saya di sini hari ini untuk memberi penghormatan kepada demokrasi kita & ia adalah nilai-nilai yang berkekalan. Saya tidak akan berhenti mempercayai negara kita & masa depan #Inauguration..”

Clinton memakai suit putih, warna pakaian yang sama dipakainya semasa berkempen.

Reaksi Clinton itu ternyata berbeza dengan Barack Obama yang sentiasa kelihatan tersenyum dan ketawa serta bergurau dengan bekas Presiden George W. Bush. – MalaysiaGazette