Home Nasional Tanggapan terhadap kualiti produk desa perlu diubah

Tanggapan terhadap kualiti produk desa perlu diubah

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berucap pada Majlis Perasmian Karnival Usahawan Desa 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Tanggapan orang ramai terhadap produk desa yang dihasilkan sebagai tidak berkualiti perlu diubah, gesa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu berharap dengan penganjuran program seperti Karnival Usahwan Desa 2017 ini, rakyat boleh melihat secara terus semua produk yang dipasarkan.

“Program ini memberi ruang kepada usahawan desa untuk menjalinkan rangkaian perniagaan mereka, kita percaya produk desa mampu diketengahkan dalam hypermarket yang mampu dibawa ke luar negara.

“Dalam masa yang sama kita nak ubah persepsi di kalangan rakyat tentang desa yang dianggap kurang bermutu jika dibandingkan dari import di luar negara.

“Jadi dalam program 4 hari ini pengguna boleh menilai sendiri usahawan desa yang telah melalui beberapa saringan dari pihak kita dengan produk yang diketengahkan dalam KUD tahun ini,” katanya ketika berucap dalam program Karnival Usahawan Desa disini petang tadi.

Selain membina rangkaian dalam bidang perniagaan, jelas Ismail lagi, KUD2017 ini juga turut mampu membantu perniagaan mereka untuk dipasarkan ke peringkat yang lebih global.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Menteri KKLW, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Semalam, KUD buat kali pertama memperkenalkan Trade Day yang menjadi platform jaringan perniagaan di antara industri bersama hiper-market, pemasar dan pembeli bersama usahawan desa.

Jelas Ismail Sabri, menerusi penganjuran karnival itu diharapkan dapat membantu usahawan desa mengembangkan pasaran mereka sehingga ke peringkat global.

KUD tahun ini membabitkan 739 penyertaan, iaitu 698 adalah gerai usahawan, 30 gerai syarikat swasta agensi kerajaan dan 11 gerai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“KKLW sentiasa komited untuk membangunkan usahawan desa sejajar dengan usaha kita untuk membandarkan luar bandar dan membangunkan usahawan luar bandar untuk tingkatkan pendapatan mereka.

“Diharap dengan pengNjuran KUD2017 ini akan memberi satu impak positif kepada masyarakat bahawa kualiti produk-produk Usahawan Desa adalah setanding dengan produk yang diimport,” jelasnya. – MalaysiaGazette