Tindakan Ahli Parlimen Lahad Datuk, Datuk Mohamaddin Ketapi keluar parti bukanlah satu masalah besar kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, pihaknya mengambil maklum berhubung keputusan yang diambil oleh Mohamaddin untuk menyertai parti lain.