KUALA LUMPUR – Pelakon Raja Ilya bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Australia semalam.
Ilya atau Raja Ramilah Begum Raha Mohammad, 37, turut mengumumkan bayi perempuannya itu diberi nama Talita Love.
“Hari ini saya mengalami keajaiban, detik ajaib, kelahiran bayi perempuan saya Talita Love. Ada air mata, saya masih terkejut. Terima kasih atas semua kasih sayang, sokongan dan doa anda, ia amat dirasai. Tak sabar nak balik MALAYSIA awal tahun depan dengan baby,” tulisnya.
Raja Ilya sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Pelakon itu kini menetap di Perth, Australia bersama suami, Trent Garret yang dikahwininya pada 2018. – MalaysiaGazette