Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim menegaskan selain menyiasat mereka yang terbabit dalam Himpinan Barang Naik, pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan yang sama terhadap mereka yang menyalahguna kuasa sehingga berlaku kenaikan barang.
Dia antara enam ahli AMK yang dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung bantahan pada Sabtu lalu.