Home Nasional 11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

Kamarul Zaman Mamat

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan pemandu lori yang terlibat dalam kejadian kemalangan yang berlaku menyebabkan sebuah treler yang membawa muatan habuk kayu merempuh 11 kenderaan lain di atas Tambak Johor, di sini pagi tadi telah pun ditahan bagi membantu siasatan.

Kamarul Zaman Mamat


Katanya pihak polis akan menyiasat dengan terperinci punca sebenar kejadian itu termasuk mengesan ujian air kencing pemandu lori berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya siasatan awal mendapati

kejadian jam 9.25 pagi itu dikatakan berlaku berpunca daripada masalah makenikal ketika treler terbabit dari arah Johor Bahru menghala ke Woodlands Singapura.

Kemalangan yang berlaku juga melibatkan sebuah treler, sebuah van, sebuah bas dan sembilan kereta.

“Enam daripada kenderaan ini bernombor pendaftaran asing. Manakala lagi enam kenderaan bernombor pendaftaran tempatan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kesemua kenderaan mengalami kerosakan kecil.

“Pemandu treler lelaki berusia 34 tahun ditahan bagi siasatan dibawah seksyen 40 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette sebentar tadi.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam kenyataan di laman facebooknya memaklumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan segera menjalankan siasatan Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP) berhubung insiden ini.

Tindakan tegas akan dikenakan kepada pemandu lori atau syarikat terbabit jika didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Setelah JPJ melengkapkan audit ICOP. Ini termasuklah seperti menggantung lesen GDL pemandu lori, menggantung permit syarikat atau lain-lain hukuman yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Manakala pihak MIROS pula akan menyiasat dari aspek teknikal, untuk mencari punca kemalangan tersebut berlaku.

“Saya amat memandang serius kes-kes “seperti ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak. Mana-mana pihak yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman tegas kerana ia membabitkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya,”katanya.

Ka Siong turut meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian semasa kemalangan tersebut berlaku, menyerahkan bukti-bukti seperti rakaman video jika ada, bagi membantu siasatan.

Video  berdurasi 35 saat, memaparkan sebuah treler meluru melanggar beberapa buah kenderaan dihadapanya di Tambak Johor.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here