Home Akhbar Cina Obike diletak di tempat bukan-bukan

Obike diletak di tempat bukan-bukan

Lebih 10,000 Obike telah diletakkan di sekitar Lembah Klang termasuk pusat membeli-belah, destinasi pelancongan dan tempat komersial.
KUALA LUMPUR – Obike yang bertujuan memudahkan orang ramai telah didapati mendatangkan masalah apabila penggunanya meletakkan ia di mana-mana.
Nanyang Siang Pau melaporkan, lebih 10,000 Obike telah diletakkan di sekitar Lembah Klang termasuk pusat membeli-belah, destinasi pelancongan dan tempat komersial.
Malangnya, basikal tersebut kadang-kala diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya termasuk di depan kedai sehingga menyukarkan orang berniaga.
Selain itu, ada juga yang merungut apabila Obike yang diletakkan di kaki lima menghalang orang melalui kawasan tersebut.
Antara yang menjadi mangsa ialah orang kurang upaya termasuk pengguna kerusi roda dan mereka yang buta.
Obike yang diletak di tepi jalan raya juga menghalang lalu lintas. Bukan setakat itu, ada juga basikal yang diletak di depan pintu rumah orang lain.
Untuk mengatasi masalah yang berlaku, Obike telah memperkenalkan ganjaran kepada mereka yang melapor pemberhentian basikal di kawasan tidak sepatutnya.
Mereka yang memberi aduan akan mendapat mata ganjaran yang boleh digunakan untuk memakai Obike dengan harga lebih murah. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.