KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk mengubal Akta Anti Rasis dan Akta Anti Diskriminasi kerana perpaduan di negara ini masih baik dan terkawal.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berkata, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan undang-undang untuk menyatupadukan kaum.
Sebaliknya, masyarakat negara ini perlu dididik pada sejak kecil lagi, kata jabatan itu dalam satu kenyataan bagi menjawab pertanyaan lisan Lim Lip Eng (DAP, Segambut) kepada Dewan Rakyat.
JPNIN berkata, kta-akta sedia sudah memadai dan boleh dibuat penambahbaikan bagi membendung anti rasis dan anti diskriminasi.
Tambahnya, pelbagai langkah akan terus digunakan kerajaan dalam menwujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dengan berpegang teguh pada Perlembagaan Persekutuan, melaksanakan semua dasar dan program secara adil dan seimbang.
Selain itu, menggalakkan interaksi, integrasi dan persefahaman antara kaum dan mewujudkan mekanisme formal dan tidak formal di beberapa peringkat dan berusaha menyakinkan semua pemimpin politik dan masyarakat supaya tidak cenderung mempolitikan isu berkaitan agama dan etnik. – MalaysiaGazette