Home Nasional SPAD gantung permit syarikat bas tragedi Juru

SPAD gantung permit syarikat bas tragedi Juru

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung permit setiap kenderaan milik KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd pada Selasa lalu berikutan kemalangan maut yang melibatkan bas milik kedua-dua syarikat tersebut.

Dalam satu kenyataan, SPAD berkata, langkah itu diambil untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Bahagian Pemantauan dan Audit Keselamatan SPAD.

“Ianya akan dijalankan berdasarkan piawaian Kod Amalan Keselamatan Industri dan SPAD akan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat jika didapati melanggar undang-undang,” katanya.

Lapan pekerja kilang terkorban dalam nahas yang melibatkan dua bas pekerja di Kilometer 147, Lebuhraya Utara-Selatan hala utara berhampiran Plaza Tol Juru, pada Selasa. – Bernama