KUALA LUMPUR – AirAsia X menawarkan promosi sempena ulang tahun khas ke-10 syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh bagi beberapa destinasi terpilih.
Tawaran harga tiket serendah RM250 sehala untuk tempat duduk ekonomi dan RM750 sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, destinasi yang ditawarkan ialah Perth, Taipei, Osaka, New Delhi, Hangzhou, Xi’An, Shanghai dan Beijing.
Tambang promosi ini boleh ditempah di airasia.com sehingga 29 Oktober 2017 untuk perjalanan dari 1 Mei hingga 21 November 2018.
AirAsia X juga akan menganjurkan peraduan dalam talian iaitu ‘AirAsia X Anniversary Scavenger Hunt’ bermula 2 hingga 5 November, yang mana 100 penerbangan ke destinasi terpilih akan ditawarkan kepada 5 pemenang berrtuah.
Untuk menyertainya, sertakan tanda pagar (hashtag) #10xcitingyears dalam platform media sosial termasuk Instagram, Twitter dan Weibo Bagi maklumat lanjut, sila layari 10xcitingyears.airasia.com. – MalaysiaGazette