Home #Bajet2018 Selain PM, ahli Parlimen BN turut berbusana biru

Selain PM, ahli Parlimen BN turut berbusana biru

Reaksi ceria Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika tiba pada Pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. foto SAFWAN MANSOR, 27 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Terkenal dengan gaya kemas dan pemilihan pakaian dan warna yang sering menangkap mata, sejak beberapa hari lalu para netizen mula berteka-teki apakah warna baju Melayu yang bakal disarung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018 hari ini.

Tatkala beliau melangkah memasuki bangunan Parlimen pada kira- kira jam 3.15 petang, semua mata tertumpu pada Menteri Kewangan 1 yang kelihatan bergaya menyarung baju Melayu berwarna biru.

Namun apa yang pasti, bukan Najib sahaja yang berbusana biru sebaliknya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain turut menyertai #teambiru dengan mengenakan pakaian rona serupa.

Ini sesuatu pemandangan berbeza berbanding pembentangan bajet sebelum ini yang mana masing-masing mengenakan pakaian mengikut warna kegemaran masing-masing.

Mungkin mahu menunjukkan kesatuan hati para Ahli Parlimen Barisan Nasional menjelang pilihan raya tidak lama lagi, masing-masing memilih untuk memakai pakaian berwarna serupa.

Bajet 2018 bertemakan Mensejahterakan Rakyat dijangka memberi fokus kepada isu-isu kos sara hidup dan membantu meringankan beban rakyat. – MalaysiaGazette

Warna baju Melayu PM dan bajet PRU-14