Home #Bajet2018 Henti polemik GST jadi isu politik – PM

Henti polemik GST jadi isu politik – PM

Reaksi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melihat isi buku teks ucapan Bajet 2018 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 27 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Pihak pembangkang sampai sekarang tidak sepakat mengenai isu GST dan menjadikan sistem percukaian baharu itu sebagai polemik dan isu politik, kata Perdana Menteri.

“Bercakap tentang GST lagi, pihak kerajaan minta, agar sudah-sudahlah dipolemikkan sebagai isu politik kerana terbukti GST menjadi penyelamat kepada ekonomi kita tahun ini, kerana tanpa kutipan GST, RM41 bilion rini, kita tidak dapat bayangkan macam mana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat,” katanya semasa membentangkan Bajet 2018 di Parlimen petang ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pihak pembangkang sampai hari ini tidak sepakat tentang keputusan menerima sistem GST.

“Ada yang kata GST diterima tapi based on zero-rate dan yang terbaru dah nak kembali ke SST pula tapi hakikatnya, apa yang telah kerajaan lakukan itu, terakam dalam sejarah sebagai langkah berani yang terbukti kebenarannya,” jelasnya.- MalaysiaGazette