Home #Bajet2018 Permata dapat peruntukan RM654j

Permata dapat peruntukan RM654j

Reaksi ceria Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 OKTOBER 2017.

KUALA LUMPUR – Permata mendapat peruntukan sebanyak RM654 juta dalam Bajet 2018.

Ia bagi pembinaan empat pra-sekolah, sembilan pusat Permata termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 46 buah sekolah rendah dan menengah, kolej vokasional dan sebuah matrikulasi.

Perdana Menteri berkata, dalam bajet itu juga sebanyak RM550 juta diberikan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.

Tabung itu memperuntkan sejumlah RM250 juta kepada sekolah kebangsaan.

Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, mubaligh, sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan pula masing-masing mendapat RM50 juta.

Kerajaan juga memberi peruntukan terbesar RM2.5 bilion dalam tempoh dua tahun dengan pecahan RM500 juta buat sekolah-sekolah daif di Semenanjung Malaysia, RM1 bilion di Sabah dan RM1 bilion di Sarawak.

Bagi bantuan persekolahan, sejumlah RM2.9 bilion diperuntukan untuk bantuan buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

Manakala Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 seorang kepada murid-murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dengan peruntukan RM328 juta memanfaatkan 3.2 juta orang murid. – MalaysiaGazette