Home Dunia India pintas AS sebagai pasaran telefon pintar kedua terbesar dunia

India pintas AS sebagai pasaran telefon pintar kedua terbesar dunia

NEW DELHI – India memintas Amerika Syarikat (AS) sebagai pasaran telefon pintar kedua terbesar dunia di belakang China.

Menurut firma penyelidikan, Canalys Shipments, pertumbuhan di India akan berterusan berikutan penembusan pasaran telefon pintar yang rendah.

Telefon pintar jenama Samsung dan Xiaomi merangkumi separuh daripada pasaran pada suku ketiga dengan syarikat masing masing menghantar 9.4 juta unit dan 9.2 juta unit telefon pintar, lapor ZD Net.

Jenama Vivo, Oppo dan Lenovo turut mencatatkan peningkatan pasaran bagi melengkapkan lima jenama utama di negara itu.

Xiaomi mencatatkan prestasi baik pada tahun lalu, penigkatan penghantaran sebanyak 290 peratus walaupun jenama itu bergelut memasarkan produk kategori pertengahannya.

Bagaimanapun, penganalisis Canalys, Rushabh Doshi berkata: “Kami menjangka Xiaomi yang terus menerokai pasaran inovatif akan membolehkannya mengatasi Samsung dalam tempoh beberapa suku lagi,”.

Terdapat hampir 100 jenama telefon pintar dijual di India. – MalaysiaGazette