NEPAL – Sebuah bas yang membawa penumpang terjunam dalam sebuah sungai, mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang.
Setakat ini 16 orang dilaporkan selamat dan 13 orang mangsa dilaporkan masih terperangkap.
Kejadian itu berlaku pada awal pagi, di barat bandar Kathmandu di Lebuh Raya Prithvi.
“Kami telah menemui 31 mayat dan sedang mencari lagi. Sukar untuk mengesan mangsa yang hidup selepas mereka sudah berjam-jam terjunam di bawah air,” kata jurucakap kerajaan, Ram Mani Mishra.
Pasukan penyelamat menggunakan bot getah dan polis penyelam untuk mengesan kedudukan bas selepas beberapa jam kemalangan berlaku dan sedang cuba menaikkan bas berkenaan menggunakan kren.
Mereka yang terselamat dikatakan telah memecahkan tingkap bas. – MalaysiaGazette