Home Nasional Bot dinaiki tujuh pemancing hilang di Pulau Bunting, Yan

Bot dinaiki tujuh pemancing hilang di Pulau Bunting, Yan

ALOR SETAR – Sebuah bot pancing yang dinaiki tujuh individu hilang di perairan barat laut Pulau Bunting, Yan pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Maritim Hairil Izhar Nor Azmi berkata bot berkenaan keluar dari Jeti Kuala Sala pada pukul 6 pagi semalam.

“Sepatutnya mereka tiba semula di jeti pada pukul 7 malam tadi. Menyedari mereka masih tidak pulang, seorang waris mangsa menghubungi bilik operasi APMM pukul 5.50 pagi tadi,” katanya kepada Bernama.

Katanya operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada pukul 9.43 pagi tadi selepas menerima laporan polis.

— BERNAMA