Home Ekonomi Brent stabil pada paras AS$60 setong

Brent stabil pada paras AS$60 setong

NEW YORK – Harga Brent ditutup pada paras tertinggi sejak Julai 2015 dan minyak Amerika Syarikat pula berada pada kemuncak selepas OPEC diramalkan akan meneruskan pengurangan bekalan selepas Mac depan.

Niaga hadapan Brent ditutup pada harga AS$60.90 setong, naik 9.5 peratus dalam 16 hari dagangan.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) naik sebanyak AS$0.25 kepada AS$54.15 setong – kedudukan tertinggi sehingga 23 Februari.

“Pasaran kini memegang lebih daripada AS$49 setong selama lebih dari sebulan, menetapkan ia harga rendah yang baharu,” menurut penganalisis di Drillinginfo.com.

OPEC termasuk Rusia dan sembilan lagi pengeluar minyak dunia bersetuju untuk mengurangkan 1.8 juta tong sehari mulai Januari 2016 untuk mengatasi lebihan bekalan.

Arab Saudi dan Rusia yang menggepalai usaha perjanjian itu telah menyuarakan pandangan untuk melanjutkan pengurangan bekalan minyak. – MalaysiaGazette