Home Politik Hanya Mahathir buat bajet untuk tutup skandal – Nazri

Hanya Mahathir buat bajet untuk tutup skandal – Nazri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bercakap kepada media pada Majlis Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 31 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz membidas tuduhan yang dibuat oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Bajet 2018 satu cubaan melindungi skandal 1MDB.

Menurutnya, perbuatan menutup kesilapan atau skandal seperti itu bukan amalan Datuk Seri Najib Razak sebaliknya amalan politik Mahathir sendiri ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Saya ingat orang yang bercakap tu (Mahathir) bermakna dialah yang pada masa lepas menggunakan kaedah itu untuk menutup (kesilapan). Jadi pada saya, dialah pada zaman dia dulu menggunakan kaedah itu untuk menutup segala kesilapan yang berlaku.

“Itu terkeluarlah apa yang dia fikirkan masa jadi perdana menteri dulu, itulah kerja dia. Jadi dia ingat Perdana Menteri (Najib Razak) sama macam dia,” katanya dalam sidang media pada Majlis Sambutan Bulan bahasa Kebangsaan Sektor Pelancongan dan Kebudayaan 2017 di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini hari ini.

Terdahulu, Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mendakwa habuan yang diumumkan Najib yang juga Menteri Kewangan dalam Bajet 2018 Jumaat lepas bertujuan supaya rakyat melupakan skandal 1MDB.

 

Tambah Mahathir, menggunakan bajet bagi mempengaruhi orang ramai menjelang pilihan raya umum merupakan perkara lazim.

“Inilah bajet yang dikemukakan dan ia luar biasa dari segi peruntukan keterlaluan yang mungkin negara tidak mempunyai wang yang cukup untuk biayai bajet yang dikemukakan,” kata Mahathir. – MalaysiaGazette

Comments are closed.