KUALA LUMPUR – Lebih 500 peserta mendaftarkan diri sejak Oktober untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Miss and Mrs Kebaya’ 2017/2018, peningkatan jumlah sekali ganda berbanding penyertaan pada tahun sebelumnya.
Pengasas dan Presiden Miss and Mrs Malaysia Kebaya, Jason Hee Jee Pin berkata sambutan memberangsangkan untuk menyertai pertandingan itu membuktikan semakin ramai yang berminat mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang memberi penekanan kepada busana tradisional.
Diasaskan pada 2012, pertandingan itu bertujuan mempromosi tradisi dan warisan budaya menerusi baju kebaya.
“Dengan mempromosi baju kebaya, kami harap dapat mengingatkan setiap orang tentang keunikan dan kegunaannya pada hari ini serta di masa depan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pertandingan itu terbuka kepada semua kaum tanpa mengira latar belakang agama selaras dengan konsep sebagai sebuah acara pelbagai kaum dan budaya.- BERNAMA
Comments are closed.