Home Dunia Dua maut ditembak di gedung Walmart

Dua maut ditembak di gedung Walmart

WASHINGTON – Dua lelaki mati ditembak di gedung Walmart di Colorado dalam insiden keganasan yang melibatkan senjata api di Amerika Syarikat.

Terdapat dua mayat lelaki dewasa dan seorang wanita telah dibawa ke hospital, kata Jabatan Polis Thornton dalam akaun Twitter kira-kira dua jam selepas laporan awal insiden itu disiarkan.

“Tolong jauhi kawasan ini” kata polis yang mmeberi amaran pada posting awal itu.

Jurucakap Jabatan Polis Thornton tidak dapat dihubungi AFP bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Pada bulan lalu, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan membunuh 58 orang di Las Vegas. – Agensi