Home Ekonomi AirAsia lancar laluan Bintulu-Singapura

AirAsia lancar laluan Bintulu-Singapura

KUALA LUMPUR – AirAsia melancarkan laluan antarabangsa pertama dari Bintulu ke Singapura bermula pada 27 Disember 2017 dengan empat kali penerbangan terus seminggu.

Untuk meraikan pelancaran ini, AirAsia menawarkan tempat duduk percuma dari Bintulu ke Singapura yang boleh didapati dari sekarang hingga 12 November 2017 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android.

Promosi tempat duduk percuma itu adalah untuk perjalanan sehala sahaja tidak termasuk cukai dan yuran yang bermula dari RM37 serta tertakluk kepada terma dan syarat.

Tawaran itu untuk tempoh perjalanan antara 27 Disember 2017 dan 21 November 2018.

AirAsia kini terbang ke tiga destinasi dari Bintulu iaitu Singapura, Kuala Lumpur dan Kuching dengan sejumlah 39 penerbangan seminggu.

Selain menambah dua laluan baharu ke negeri itu iaitu Kuching-Shenzhen dan Bintulu-Singapura, AirAsia juga meningkatkan kekerapan penerbangan antara laluan utama di Malaysia Timur – Kuching-Miri hingga 29 kali seminggu, Kuching-Singapura hingga 16 kali seminggu, dan Miri-Singapura hingga 7 kali seminggu.

Bermula 7 November 2017, AirAsia akan memindahkan operasinya di Lapangan Terbang Changi Singapura dari Terminal 1 ke Terminal 4 yang merupakan terminal automatik sepenuhnya yang menumpukan kepada konsep Perjalanan Cepat dan Lancar (FAST). – MalaysiaGazette