Home Dunia Arab Saudi pintas peluru berpandu Yemen

Arab Saudi pintas peluru berpandu Yemen

RIYADH – Arab Saudi telah memintas peluru berpandu balistik yang dibedil dari Yemen selepas letupan kuat didengari di Lapangan Terbang Riyadh petang semalam.

Peluru berpandu itu berjaya dimusnahkan dan serpihan mendarat di kawasan lapangan terbang, menurut agensi berita Arab Saudi.

Saluran televisyen yang dikaitkan dengan pemberontak Houthi di Yaman berkata, peluru berpandu itu dilepaskan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid.

Pihak berkuasa penerbangan awam memaklumkan lalu lintas udara tidak terjejas dengan insiden itu.

Tentera Arab Saudi telah beberapa kali menembak jatuh peluru berpandu Houthi dan setakat ini tidak ada satu yang dapat menghampiri pusat populasi utama.

“Peluru berpandu dilancarkan untuk mensasarkan kawasan awam dan penduduk,” kata Turki al-Maliki, jurucakap gabungan ketenteraan pimpinan Arab Saudi di Yemen.

“Serpihan yang pecah dari peluru berpandu yang dipintas mendarat di kawasan tidak berpenghuni di lapangan terbang dan tiada kecederaan.”

Saksi melaporkan melihat sebahagian daripada peluru berpandu di tempat letak kereta lapangan terbang, menurut media Al-Arabiya.

Houthis melancarkan peluru berpandu ke Riyadh pada Mei, sehari sebelum Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di bandar itu untuk lawatan, tetapi ia ditembak jatuh 200 kilomter dari ibu negara.

Yeman telah musnah oleh perang antara tentera yang setia kepada kerajaan Presiden diiktiraf antarabangsa Abdrabbuh Mansour Hadi dan pihak yang bersekutu dengan gerakan pemberontak Houthi.

Arab Saudi mengetuai kempen untuk mengalahkan Houthis dan merupakan kuasa terbesar dalam gabungan udara antarabangsa yang telah mengebom kumpulan pemberontak sejak 2015. – MalaysiaGazette